online al-quran

Thursday, September 30, 2010

NAFSU

1. Nafsu Amarah
Adalah nafsu yang berbangga apabila membuat sesuatu kemungkaran.Mereka adalah daripada golongan bersultan di mata dan beraja di hati.Mereka adalah golongan ahli neraka.

2. Nafsu Lawamah

Adalah nafsu yang menyedari apabila kita menyedari melakukan sesuatu kemungkaran.Golongan ini beramal tetapi masih ada riak,hasad dengki dsb.Nafsu mereka adalah selamat tetapi dalam bahaya.Mereka adalah golongan ahli neraka.

3. Nafsu Mulhamah

Adalah nafsu yang telah dapat membuang sifat mazmumah.Walaupun begitu mereka masih lagi mengkritik diri sendiri.Mereka adalah golongan ahli neraka.

4. Nafsu Mutmainnah

Adalah nafsu yang lemah lembut.Mereka telah mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa.Mereka adalah wali kecil.Inilah golongan yang dijamin syurga.

5. Nafsu Raudiah
   
Adalah nafsu yang berusaha untuk melatih diri untuk ma'rifat dengan ALLAH TAALA.Mereka bergaul dengan orang ramai tetapinya kepada ALLAH TAALA semata-mata.Mereka adalah wali besar.

6. Nafsu Kamaliah

Adalah nafsu yang sempurna,nafsu para-para nabi dan rasul.

7. Nafsu Mardiah

Adalah nafsu yang paling kemuncak.Nafsu yang paling diredhai ALLAH TAALA.

Sunday, September 26, 2010

BUAT ADIK-ADIK

Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALLAH ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal”
( AL HUJURAAT : 13)

 terima kasih krn sudi mnjadi shbt kak
Terima kasih krn sudi belajar dgn kak yg xpandai mngajar ni
terima kasih krn sudi merendahkan diri
terima kasih krn sudi mendengar nasihat-nasihat kak
terima kasih krn sudi dgr tazkirah2 kak diwaktu org lain tidak suka
terima kasih krn selalu menemani kak baik pagi, ptg @ mlm
terima kasih krn sudi bersama2 dgn kak baik senang @ susah
terima kasih krn sudi berkongsi suka dan duka dgn kak
terima kasih dik
terima kasih atas pertolongan yg dihulurkan
terima kasih krn sudi mngambil berat akn kita semua
terima kasih dik
terima kasih

buat adik-adik

ALLAH berfirman, " Aku sentiasa dalam persangkaan hambaKU terhadapKU. AKU sentiasa bersamanya selagi ia mengingatiKU, jika ia mengingatKU di tengah-tengah kelompok, AKU mengingatnya ditengah-tengah kelompok yang lebih baik dari mereka"


Ali Imran : 142

Do you think that you will enter Paradise before Allâh tests those of you who fought (in His Cause) and (also) tests those who are As-Sâbirun (the patient)? (142)

Thursday, September 23, 2010

MARILAH MEMBACA WAHAI SAUDARAKU

RABI' IBN KHUTHAIM

          Perasaan bimbang menyelubungi ibu Rabi' melihatkan kesungguhan anaknya beribadat serta bermunajat kepada ALLAH S.W.T.

          Tangisan serta rintihannya menambah lagi kegelisahan ibunya sehingga memaksa ibunya bersuara:
"kenapa denganmu wahai anakku?,adakah kamu melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan ALLAH?"
          
           "Benar wahai bondaku,aku telah membunuh satu jiwa"jawab Rabi'.
           
            Ibunya sangat terkejut lantas berkata; "siapakah gerangannya yang engkau bunuh wahai anakku?, mari kita minta kemaafan dari keluaga serta saudara maranya. Demi ALLAH jika mereka mengetahui keadaanmu yang menderita kerana menangis dan berjaga malam nescaya mereka akan bersimpati kepadamu".

            Maka jawab Rabi', " jangan ceritakannya kepada sesiapa wahai bondaku..bukan maksudku,sebenarnya aku telah membunuh jiwaku sendiri dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan".

           Begitulah zuhudnya Rabi' terhadap dirinya sendiri, beliau adalah salah seorang dari lapan ahli zuhud yang terkenal pada ketika itu.Beliau memiliki beberapa kata-kata nasihat yang amat menyntuh hati.Antaranya;

          "Janganlah kamu terpedaya dengan banyaknya pujian yang dihadapkan kepada kamu,sesungguhnya manusia tidak mengetahuimu kecuali mengikut perkiraan zahirmu,ketahuilah sesungguhnya hanya amalanmu yang akan dihitung dan setiap amalan yang bukan kerana ALLAH adalah malap.

          Janganlah sekali-kali kamu berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu sedangkan kamu tidak bertaubat nescaya ia akan menjadi satu pendustaan tehadap Allah.Sebaliknya katakanlah: Ya Allah! Kurniakanlah taubat kepadaku, nescaya ia akan menjadi satu doa".

          Kezuhudannya telah menyebabkan syeikh dan gurunya Abdullah bin Mas'ud r.a. iaitu salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya; "Wahai Rabi',jika ditakdirkan Rasulullah s.a.w. melihatmu nescaya Baginda akan mengasihimu".

          Di dalam petikan ini terdapat nilai-nilai murni yang tersirat.Kepada pembaca blogger hayatilah apa yang ingin saya sampaikan dan sebarkanlah petikan ini kepada pembaca blogger lain.Hayatilah dan renung-renungkanlah.

Thursday, September 16, 2010

Hari Raya 2010

Selamat hari raya kami ucapkan.Sempena hari raya yang mulia dan bahagia ini,sama-samalah kita memanjatkan rasa syukur kerana berjaya menahan lapar dan dahaga serta mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan dibenci oleh Allah S.W.T.Syukur juga kita kepada Ilahi kerana berjaya melalui bulan Ramadhan dengan jayanya.Setelah sebulan kita berhempas-pulas mengerjakan ibadat kepada Allah dengan berqiamullai,bertadarus,sembahyang terawih,dan sebagainya,kini kita boleh merasa nikmat syawal.Walaupun gembira dengan kedatangan Syawal yang mulia,tetapi kita perlu sedar.Adakah kita mampu berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang?Barangkali kita tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya kerana dijemput oleh Allah S.W.T.untuk bertemu dengan-Nya.Kita juga tidak boleh lupa dengan orang yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini.Kita sebagai makhluk-Nya yang bertuah kerana dapat menyambut lebaran dengan suasana penuh mewah perlu membantu golongan yang memerlukan.Barulah Syawal kita penuh dengan keberkatan.Akhir kata,selamat hari raya,maaf zahir batin

Sunday, September 5, 2010

Muqaddimah

Salam ramadhan menanti lebaran kami ucapkan......
Ramadhan hanya berbaki lebih kurang 3 hari sahaja lagi.....
Apakah yang telah kita beri pada ALLAH setelah apa yang telah ALLAH beri kepada kita?????
Kita ini generasi rabbani atau ramadhani??????
Cukupkah amalan kita untuk bertemu dengan Yang Maha Esa??????
Marilah sama-sama  kita fikir bagi memantapkan iman dan akidah kita.
Jadi sama-sama kita bermuhasabah diri,bersihkan hati,dan berusaha untuk mendekatkan diri kita dengan yang Maha Agung iaitu tidak lain dan tidak bukan.........
ALLAH S.W.T............