online al-quran

Thursday, September 23, 2010

MARILAH MEMBACA WAHAI SAUDARAKU

RABI' IBN KHUTHAIM

          Perasaan bimbang menyelubungi ibu Rabi' melihatkan kesungguhan anaknya beribadat serta bermunajat kepada ALLAH S.W.T.

          Tangisan serta rintihannya menambah lagi kegelisahan ibunya sehingga memaksa ibunya bersuara:
"kenapa denganmu wahai anakku?,adakah kamu melakukan sesuatu yang mengundang kemurkaan ALLAH?"
          
           "Benar wahai bondaku,aku telah membunuh satu jiwa"jawab Rabi'.
           
            Ibunya sangat terkejut lantas berkata; "siapakah gerangannya yang engkau bunuh wahai anakku?, mari kita minta kemaafan dari keluaga serta saudara maranya. Demi ALLAH jika mereka mengetahui keadaanmu yang menderita kerana menangis dan berjaga malam nescaya mereka akan bersimpati kepadamu".

            Maka jawab Rabi', " jangan ceritakannya kepada sesiapa wahai bondaku..bukan maksudku,sebenarnya aku telah membunuh jiwaku sendiri dengan dosa-dosa yang telah aku lakukan".

           Begitulah zuhudnya Rabi' terhadap dirinya sendiri, beliau adalah salah seorang dari lapan ahli zuhud yang terkenal pada ketika itu.Beliau memiliki beberapa kata-kata nasihat yang amat menyntuh hati.Antaranya;

          "Janganlah kamu terpedaya dengan banyaknya pujian yang dihadapkan kepada kamu,sesungguhnya manusia tidak mengetahuimu kecuali mengikut perkiraan zahirmu,ketahuilah sesungguhnya hanya amalanmu yang akan dihitung dan setiap amalan yang bukan kerana ALLAH adalah malap.

          Janganlah sekali-kali kamu berkata: Ya Allah! Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu sedangkan kamu tidak bertaubat nescaya ia akan menjadi satu pendustaan tehadap Allah.Sebaliknya katakanlah: Ya Allah! Kurniakanlah taubat kepadaku, nescaya ia akan menjadi satu doa".

          Kezuhudannya telah menyebabkan syeikh dan gurunya Abdullah bin Mas'ud r.a. iaitu salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya; "Wahai Rabi',jika ditakdirkan Rasulullah s.a.w. melihatmu nescaya Baginda akan mengasihimu".

          Di dalam petikan ini terdapat nilai-nilai murni yang tersirat.Kepada pembaca blogger hayatilah apa yang ingin saya sampaikan dan sebarkanlah petikan ini kepada pembaca blogger lain.Hayatilah dan renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment