Sama-sama kita fikir-fikirkan ape yang telah berlaku dan ape yang akan berlaku berlandaskan ajaran yang benar
online al-quran
Thursday, September 16, 2010
Hari Raya 2010
Selamat hari raya kami ucapkan.Sempena hari raya yang mulia dan bahagia ini,sama-samalah kita memanjatkan rasa syukur kerana berjaya menahan lapar dan dahaga serta mengawal nafsu kita daripada melakukan perkara-perkara yang mungkar dan dibenci oleh Allah S.W.T.Syukur juga kita kepada Ilahi kerana berjaya melalui bulan Ramadhan dengan jayanya.Setelah sebulan kita berhempas-pulas mengerjakan ibadat kepada Allah dengan berqiamullai,bertadarus,sembahyang terawih,dan sebagainya,kini kita boleh merasa nikmat syawal.Walaupun gembira dengan kedatangan Syawal yang mulia,tetapi kita perlu sedar.Adakah kita mampu berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang?Barangkali kita tidak sempat untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya kerana dijemput oleh Allah S.W.T.untuk bertemu dengan-Nya.Kita juga tidak boleh lupa dengan orang yang kurang bernasib baik di bulan yang mulia ini.Kita sebagai makhluk-Nya yang bertuah kerana dapat menyambut lebaran dengan suasana penuh mewah perlu membantu golongan yang memerlukan.Barulah Syawal kita penuh dengan keberkatan.Akhir kata,selamat hari raya,maaf zahir batin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum, tahniah bt generasi yg bakal mnggegar dunia satu hari ini, teruskan usaha, sama2 kita brhubung dlm alam maya ini
ReplyDeleteMabruk!Tahniah! =)
k. farzana